SOALAN / JAWAPAN

APA ITU DIPLOMA PENGURUSAN RISIKO (DIPLOMA IN RISK MANAGEMENT-DRM)

RISIKO ada di mana-mana, setiap masa di dalam kehidupan seharian kita. Di dalam perniagaan atau pengurusan, RISIKO dianggap sebagai...
--> suatu kemungkinan atau kebarangkalian tidak mencapai hasil yang diharapkan.
--> suatu tahap di mana berlaku hasilnya tidak serupa seperti hasil yang diinginkan.
--> kemungkinan kerugian di mana suatu situasi dalam mana hasilnya tidak dapat ditentukan tetapi nilai dan
kemungkinan atau kebarangkalian terjadi adalah dapat diketahui.

Maka, dengan ini seluruh organisasi di dalam sektor kerajaan, swasta dan industri-industri yang lain amat-amat memerlukan ilmu pengurusan risiko ini agar pengurusan @ perniagaan yang dijalankan akan berjalan lancar dan mencapai tahap kecekapan yang terbaik. Pengurusan risiko ini adalah satu usaha secara berterusan yang perlu dilakukan oleh setiap individu di dalam sesebuah organisasi.

Tanpa disedari konsep Pengurusan Risiko ini telah dijalankan secara global di seluruh dunia sejak awal lagi. Tapi kini kesedaran akan kepentingan Pengurusan Risiko ini semakin meluas. Kerjaya dalam Pengurusan Risiko ini kini dianggap sebagai kerjaya yang profesional di mana ia merupakan nadi utama di dalam sesebuah organisasi.

Pengurusan Risiko mempunyai banyak kelebihan, di anataranya :
~ analisa secara teliti & lengkap ke atas sebarang ancaman / kerugian di dalam sesebuah organisasi.
~ meningkatkan prestasi kerja dan kecekapan membuat keputusan.
~ Dapat mengelakkan & mengurangkan kerugian besar yang berpotensi akan berlaku.
~ Bertepatan dengan kehendak undang-undang/peraturan.

Mengapa anda perlu bersaing di dalam kerjaya yang telah mempunyai banyak tenaga kerja yang sedia ada & yang menanti (menganggur)?

Bidang Pengurusan Risiko adalah Kerjaya yang profesional, unik , kurang saingan dan diperlukan dalam industri masa kini.
Diploma Pengurusan Risiko merupakan pengajian pengurusan ketahanan perniagaan ,sekuriti, pembenterasan penyelewengan jenayah, penguatkuasaan, keselamatan korporat, perisikan , penyiasatan dan teknologi maklumat.Program ini mengabungkan 3 modul utama iaitu Pengurusan Perniagaan,Undang-Undang dan Pengurusan Risiko.

1.Pengurusan Perniagaan;
Adalah perkara yang patut dibuat didalam aspek pengurusan untuk membangunkan sesebuah perniagaan.

2.Undang- Undang.
Adalah cara perlaksanaan bagaimana pengurusan yang efektif perlu dipraktikkan supaya system pengurusan lebih sistematik dan efisien.

3.Pengurusan Risiko.
Adalah perkara yang tidak patut di buat di dalam pengurusan perjalanan pentadbiran atau perniagaan dengan mempertimbangkan risiko dan kebarangkalian kegagalan atau kerugian


SOALAN LAZIM

1. Berapa perlu saya bayar semasa pendaftaran?
Pelajar hanya perlu bayar RM1000 sahaja atau bagi ibu/bapa yang mempunyai KWSP boleh bayar RM100 DAN BAKINYA boleh keluarkan wang KWSP.( Bayaran hanya dibuat semasa pendaftaran,tiada lain-lain bayaran dikenakan dan dapatkan bukti pembayaran untuk mengelakkan penipuan.)

2. Apakah Dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran masuk?

• Gambar saiz pasport 3 keping
• Salinan kad pengenalan Pelajar dan ibubapa 3 keping
• Salinan sijil kelahiran Pelajar dan ibubapa 3 keping
• Salinan slip SPM 3 keping
• Salinan sijil berhenti sekolah 3 keping
• Salinan slip gaji/pendapatan 3 keping
• Salinan sijil kematian (jika perlu) 3 keping
• Salinan sijil penceraian (jika perlu) 3 keping

*KESEMUA SALINAN SIJIL DI ATAS PERLU MENDAPATKAN COP PENGESAHAN BENAR PENGETUA SEKOLAH MENENGAH/KETUA KAMPUNG/PENGHULU/PEGAWAI KERAJAAN DARI GRED 41 KE ATAS.
*PERLU MEMBUKA AKAUN CIMB UNTUK TUJUAN PTPTN.
*MEMBELI NOMBOR PIN PTPTN DI BANK BSN BERJUMLAH RM5.00



3. Berapa KOS bayaran sepanjang pengajian 2 ½ tahun?
Kosnya hanya RM25000 /+-

4. Cara bayaran bagaimana?
Pinjaman akan disediakan oleh PTPTN dan juga MARA
Contoh:
Kos pengajian : RM25000
Pinjaman PTPTN; RM20000 ( Belum tolak insuran )
-----------------
Baki Terhutang RM5000 ( boleh bayar ansuran atau wang KWSP )
( kiraan ini hanya kiraan kasar sahaja ,tiada kos tersembunyi )

5.Syarat Pinjaman MARA ( Tertakluk Kpd. MARA )
a)5 Kredit
.BAHASA MALAYSIA
.MATEMATIK
.SAINS
.DUA MATA PELAJARAN LAIN


6. Adakah saya boleh mendaftar pada bila-bila masa?
YA,anda boleh mendaftar pada bila -bila masa,dan segala perubahan akan diberitahu kepada anda.